.... Skandal Jo-Anna Dan Anak Saudara Shafie Apdal Mencetuskan Kontroversi? | AAKJ





Baru-baru ini, Warisan mengetengahkan Jo-Anna sebagai ikon Belia disebabkan gelaran Unduk Ngadau (Ratu Cantik) dan juga seorang penghibur atau artis Sabah. Gaya hidupnya yang bebas di Kota Kinabalu siapa tidak tahu. Bertukar-tukar pasangan perkara biasa baginya.
Sebelum ini, rakyat Kiulu tempat lahirnya hanya mengenalinya sebagai ratu cantik, Jo-Anna bukan orang politik jauh sekali terlibat dengan khidmat masyarakat. Hanya sekarang dia terhegeh-hegeh masuk kampung.
Setelah pulang dari London, Jo-Anna tidak memiliki pekerjaan. Dia terdesak dan berusaha untuk mencari pekerjaan di sektor kerajaan namun gagal. Semua orang tahu Jo-Anna mempunyai teman lelaki bermula dari Marzuki Nasir (orang politik) seterusnya ke pelukan Ceasar Mandela Malakun seorang ahli perniagaan yang juga ahli politik. Jo-Anna seperti tertekan dan berdendam dengan orang politik sehinggalah Jo-Anna sendiri jatuh ke dalam pelukan Azis Jamman Ketua Wira Warisan (anak saudara Shafie) yang akhirnya telah menawarkan Jo-Anna memasuki warisan dan membariskan sebagai ikon belia. Hanya diperalatkan menggunakan muka cantiknya.
Jo-Anna menganggap sebagai durian runtuh dan melihat ini satu cara balas dendamnya joana kawin terhadap Marzuki dan Mandela yang juga pemimpin muda dalam politik. Ia mahu membuktikan dulu dia dalam pelukan mereka kini dia menentang mereka dalam parti berbeza. Walau berskandal dengan Azis Jamman ternyata Jo-Anna juga pandai menutup dirinya dengan berkahwin dengan Dr Denvi (seorang doktor berbangsa India). Beliau perlukan suami berkerjaya untuk melunaskan cita-citanya. Azis juga menyedari barangkali ini cara beliau untuk menyerang balik musuh politiknya di Semporna namun terperangkap dengan skandal ratu cantik ini. Azis lemas dalam dakapan Jo-Anna!
Menurut sumber, bukti-bukti skandal Jo-Anna ini disimpan rapi sehingga boleh didedahkan masa sesuai nanti. Nantikan dengan sabar ikon belia warisan ini.
Ianya tidaklah menghairankan skandal Azis Jamman Bekas Ketua Pemuda UMNO Semporna yang beristeri dua ini. Memandangkan Shafie Apdal bapa saudaranya bertahun menjalin skandal dengan Zahida Rafik yang pernah mencetuskan polemik politik satu ketika. Betul tak?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top