.... Sistem Kasta Dalam Parti Pembangkang | AAKJ





Sistem kasta bukan hanya ada di PPBM seperti yang dibongkar oleh pengasas PPBM yang keluar dari parti maka ada juga di parti yang lain.

Di PKR, Adam Rosly bakal dikenakan tindakan disiplin oleh parti dan PKR diseru untuk jauhi diri dari Adam walaupun baru dituduh di makamah.

Ketua umum PKR Anwar Ibrahim pula bukan hanya dicaj tetapi sudah didapati bersalah oleh dua mahkamah tertinggi negara. Langsung tiada tindakan disiplin parti diambil ke atas Anwar dan parti tidak diseru menjauhi diri dari Anwar.

Begitu juga dengan Rafizi Ramli yang turut didapati bersalah melanggar undang-undang negara.

Di DAP pula, ADUN Teluk Datuk Loh Chee Heng pula dituduh rasuah oleh parti sendiri dan dipecat serta-merta walaupun SPRM tidak pernah mengambil sebarang tindakan ke atas Loh.

Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng pula telah dicaj rasuah secara rasmi oleh SPRM di mahkamah tetapi langsung tak ada apa-apa tindakan diambil oleh parti keatasnya.

LSS.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top