.... Setiausaha PPBM Sah Keluar Parti | AAKJ




Bekas Setiausaha Kerja Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman secara rasmi mengisytiharkan keluar parti itu hari ini berkuat kuasa serta merta.

Dakwa Kamarul Azman, 821 orang ahli PPBM seluruh negara juga dijangka akan mengikut keputusannya untuk keluar parti dalam masa terdekat.

Difahamkan tindakan itu dibuat kerana parti yang mengamalkan kronisme dan pilih kasih melampau itu dilihat semakin pincang dan masih tiada hala tuju sebenar tetapi hanya memfokuskan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini tetapi akan kembali aktif dalam berkhidmat kepada rakyat melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Keadaaan dalaman PPBM sudah semakin membimbangkan apabila orang yang betul-betul buat kerja dinafikan hak mereka malah jawatan-jawatan tertinggi dalam parti hanyalah dipegang oleh orang yang ‘rapat’ dengan presiden dan naib presiden parti.

“Ramai dalam kalangan mereka yang menghabiskan masa untuk berada bersama pemimpin tertinggi untuk memburukkan penggerak kerja parti dan memburukkan kerajaan pada rakyat daripada memberi khidmat dan menjaga kebajikan masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keluar parti PPBM di sini hari ini.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top