.... Selama 44 Tahun: Siapa Menteri Tugas-Tugas Khas | AAKJ



Di sebalik pelbagai spekulasi dan tafsiran langkah melantik Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, sebenarnya dalam sejarah negara, sudah ada lima orang pemimpin politik dilantik ke jawatan itu sebelum ini.

Menteri pertama ialah Tun Ghazalie Shafie atau King Ghaz dari 1970-1973, selepas peristiwa 13 Mei.

Beliau dilantik ke jawatan itu oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak.

Tugas pemimpin politik UMNO itu adalah untuk merangka dan merancang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif serampang dua mata, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Selain beliau, turut dilantik memikul tugas dan tanggungjawab berkenaan ialah Lim Keng Yaik dari Gerakan.

Selepas Pas menyertai Barisan Nasional pada 1973, Datuk Mohd Asri Muda juga memikul tugas tersebut, selain daripada jawatan sebagai Menteri Kemajuan Tanah 1973 – 1976.

Hanya di bawah kepemimpinan Tun Hussein Onn dari 1976 hingga 1981, tidak dilantik mana-mana menteri ke jawatan itu.

Pada zaman pemerintahan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau telah melantik Tun Daim Zainuddin ke jawatan itu sebelum Timbalan Perdana Menteri dipecat pada 2 September 1998.

Daim dilantik ke jawatan itu dari Jun 1998 hingga Jun 2001. Tugas dan tanggungjawab beliau amat mencabar ketika negara berdepan dengan krisis politik dan ekonomi yang meruncing.

Tun Abdullah Badawi ketika menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir pada 2003 telah melantik Tan Sri Mohd Effendi Norwawi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), anak kelahiran Sarawak, memikul tugas berkenaan.

Beliau yang menerajui jawatan itu dari Januari 2004 hingga Ogos 2004 dipertanggungjawabkan menerajui Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan pelantikan Hishammuddin ke jawatan itu semalam, maka beliau merupakan orang keenam pernah dilantik ke jawatan itu dalam tempoh 44 tahun. 



sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami di saat kesusahan dengan menanggun 9 anak,kami berprofesi penjual ikan di pasar hutang saya menunpuk di mana-mana sempat terpikir untuk jadikan anak bekerja tki karna keadaan begitu mendesak tapi salah satu anak saya melihat adanya program pesugihan dana gaib tanpa tumbal kami lansung kuatkan niat,Awalnya suami saya meragukan program ini dan melarang untuk mencobanya tapi dari yg saya lihat program ini bergransi hukum,Saya pun tetap menjelaskan suami sampai dia ikut yakin dan alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan bantuan aki melalui dana gaib tanpa tumbal,Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan
      hubungi Ki Witjaksono di:O852-2223-1459
      supaya lebih jelas
      silahkan klik-> PESUGIHAN TANPA TUMBAL

      ReplyDelete

     
    Top