.... RM100 Juta Hancurkan Najib: Sayonara Ezam | AAKJ



Sampai begitu sekali sanggupnya manusia bertindak demi untuk kuasa dan harta. Bukan sedikit jumlah itu kerana parti yang sepatutnya Ezam beli itu adalah sebuah parti yang baru.

Lagipun siapakah Ezam untuk dibayar sejumlah wang tersebut? Apa yang menyebabkan penaja sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM100 juta?

Menurut MalaysiaToday semalam:

Ezam menerima RM10 juta daripada penajanya untuk membeli lebih Parti NewGen dan mengubahnya kepada Parti Bebas Rasuah. Tetapi beliau tidak membayar pemilik apa yang dijanjikan dan kini segala-galanya dalam keadaan kucar-kacir. Apabila pengambilalihan dan pertukaran nama telah dilakukan, Ezam sepatutnya menerima lagi sebanyak RM90 juta bagi membiayai parti selama setahun sehingga pilihan raya umum akan datang. Adakah duit tersebut masih akan diberi atau sebaliknya?

Mohamad Ezam Mohd Nor mempunyai perangai yang tidak pernah berubah. Ia tidak boleh melihat wang. Apabila wang melalui tangannya ia kekal di tangannya. Dan itu adalah sebab utama kejatuhan Pergerakan Pemuda PKR pada tahun 2004. Seterusnya di SINI.

Guna Modal Kotak Lagi?

Mungkin hikmah Allah tunjukkan kepada rakyat Malaysia dan khususnya kepada UMNO BN kenapa Ezam hanya 'sekerat jalan' sahaja di Kementerian Kewangan dan menurut sumber, tugas Ezam hanya jaga 'Isu GST' dan tidak lebih dari itu.

Mungkin juga dari awal pemimpin UMNO BN sudah tahu perangai Ezam & Duit ini maka kerahsian kementeria kewangan menjadi keutamaan dan Ezam hanya dihadkan tugas di sana.

Bayangkan kalau Ezam dapat 'all access", mungkin boleh lingkup negara ini.

Ezam fikir dia cerdik. Yang bodoh adalah penaja dan kepimpinan UMNO BN kekal hebat kerana bukan senang nak percaya kepada yang menyeberang datang kepada UMNO hanya untuk kuasa dan harta.

Kalau pergerakan Mahathir dan anaknya pun pemimpin UMNO BN boleh hidu 100 langkah ke hadapan, siapa Ezam?

Menurut sumber rapat, penaja mula mengejar Ezam dan tuntut balik RM10 juta wang pendahuluan yang telah bertukar tangan. 

Sayonara!




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top