.... Rafizi Tidak Perlu ‘Melenting’ | AAKJ






Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dibidas kerana seolah-olah cuba melakukan serangan persepsi di sebalik usaha memartabatkan bidang kuasa mahkamah syariah menerusi pindaan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 atau RUU 355.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sebagai seorang yang terpelajar, Rafizi tidak seharusnya mengambil sikap sedemikian apatah lagi mempersoalkan sama ada pelaksanaan pindaan undang-undang syariah itu akan memberi keadilan kepada semua umat Islam atau sebaliknya.

“Mengapa beliau (Rafizi) ma­hu membangkitkan persoalan sedemikian sedangkan pindaan RUU 355 itu masih belum dilaksanakan? Sebagai ahli Parlimen, beliau sepatutnya membawa persoalan atau pandangannya mengenai RUU 355 dalam perbahasan di Dewan Rakyat selaras dengan proses demokrasi.

“Namun, beliau difahamkan mempersoalkan RUU 355 secara terbuka menerusi media massa. Apakah beliau cuba menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap RUU 355? Jika beliau ada pandangan tersendiri mengenai RUU 355, maka pandangan itu harus bersifat membina bukan sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, sebuah portal berita propembangkang menyiarkan laporan mengenai kenya­taan Rafizi yang mempersoalkan RUU 355 sama ada akan memberikan hukuman yang adil kepada semua umat Islam.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor menggesa semua pemimpin masyarakat khususnya beragama Islam termasuk Rafizi supaya menyokong RUU355 bagi memperkasakan institusi mahkamah syariah di negara ini.

“Kedudukan mahkamah sya­riah ketika ini masih rendah jika dibandingkan dengan mahkamah sivil. Maka adalah wajar bagi semua umat Islam termasuk Rafizi menyokong RUU 355.

“Adalah tidak wajar jika ada pihak apatah lagi umat Islam sendiri yang cuba mempertikaikan RUU 355 dengan mencipta pelbagai hujah atau alasan untuk memburuk-burukkan rang-rang undang itu,” ujarnya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top