.... Rafizi Nampak Saja Macam Orang Bijak | AAKJ





Nama Rafizi Ramli dalam dunia politik bukan satu nama yang asing lagi. Siapa yang tidak kenal dengan Naib Presiden PKR itu yang sering menunjukkan sikap jahatnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan Rafizi itu dilihat cuba meraih simpati kononnya beliau sebenarnya mempertahankan hak rakyat, sedangkan secara faktanya Rafizi hanya bercakap berlandaskan nafsu jahatnya.

Tidak dinafikan Rafizi seorang yang hebat dalam bertutur dan sering menjadi juara dalam pertandingan debat semasa di peringkat sekolah universiti, namun kebijaksanaan yang dianugerahkan itu disalahgunakan untuk menipu orang.

Itulah yang disifatkan oleh Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam. Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan sikap golongan cerdik pandai yang mudah diperdaya dengan tipu muslihat Rafizi itu.

Katanya, golongan cerdik pandai yang taksub dengan Rafizi sebenarnya terpedaya dengan latar belakang Naib Presiden PKR itu.

“Dia seorang yang cukup licik tetapi penipuan-penipuannya selalu kantol (terbongkar). Dia bercakap tidak menggunakan fakta. Orang ingat dia ni akauntan yang bijak dalam sesuatu subjek yang dibicarakan.

“Tetapi dia tidak menguasai tajuk yang dia percakapkan dan banyak penipuannya mudah dikesan.

“Dia orang ni cerdik pandai ada yang memiliki ijazah dan doktor tetapi terpengaruh dengan Rafizi..

“Rafizi disifatkan sebagai seorang yang suka cakap semberono, apatah lagi suka mereka-reka fitnah,” kata Lokman Noor.
 
-UtaraNews

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top