.... ‘Putar belit’ Kenyataan, Shabudin Mungkin Saman Media | AAKJ




Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya mungkin menyaman media kerana memutar-belitkan ucapannya yang “berniat baik”, semasa perbahasan rang undang-undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Dewan Rakyat awal minggu ini.

“Sekiranya kita meneliti hansard atau video rakaman ucapan perbahasan saya dengan apa yang disiarkan pihak akhbar yang dimaksudkan…memang nampak mengelirukan.

Beliau berkata kekeliruan berlaku kerana “laporan hanya memetik bahagian sensasi – dan perkataan seperti ‘ahli Parlimen Tasek Gelugor kata OK untuk merogol’ – yang sangat tidak bertanggungjawab.”

Beliau mahu memberitahu pemberita tersebut supaya tidak menulis berita palsu dan berpegang kepada etika kewartawanan.

“Saya akan mengkaji perkara ini dan sekiranya perlu kepada saya menyaman maka tidak mustahil,” kata Shabudin, tanpa menamakan akhbar dan pemberita yang beliau maksudkan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Projek Mesra Rakyat TNB Pulau Pinang di Pokok Machang, Tasek Gelugor, pagi tadi.

Beliau menjelaskan “perogol” yang dimaksudkan adalah pelaku seks suka sama suka di bawah umur 16 tahun yang boleh berkahwin di bawah peruntukan undang-undang Islam.

Shabudin nafi mengatakan seorang perempuan berusia 9 tahun boleh dikahwinkan secara paksa kepada perogol mereka.

Shabudin menjelaskan dalam Islam, perempuan akil baligh boleh berkahwin, tetapi tidak boleh dipaksakan.

Berkenaan tunjuk perasaan semalam menuntut beliau meletak jawatan, Shabudin berkata kebanyakan peserta tunjuk perasaan adalah ahli politik.

“Mereka yang mengaku pakar undang-undang Islam tetapi sebenarnya tidak, dan mereka yang mengaku Islam tetapi tidak faham undang-undang Islam,” katanya.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan berhimpun di Tasek Gelugor semalam menuntut wakil rakyat mereka meletak jawatan atau dilepaskan dari semua jawatan berhubung kenyataan mengenai rogol dan perkahwinan bawah umur itu.
 
-FMT

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top