.... PPBM Tidak Dijemput Hadir Ke Muktamar | AAKJ






Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dijemput untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini yang bermula pada 29 April hingga 1 Mei ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan parti yang menetapkan hubungan dengan PPBM ‘digantung sementara’.

“Kita juga tidak lagi mengadakan program bersama PPBM dan tiada lagi rundingan antara kedua-dua parti,” katanya dalam sidang akhbar menjelang Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di sini hari ini.

Beliau turut mengesahkan muktamar kali ini akan turut dihadiri oleh kepemimpinan PKR, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top