.... Polis Perlu Ikut Menteri Dalam Negeri Pakatan? | AAKJ





Parti sekular DAP membayangkan Menteri Dalam Negeri daripada Pakatan Harapan akan memegang kuasa mutlak dalam isu keselamatan jika Pakatan Harapan dapat merampas kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).

Penasihatnya, Lim Kit Siang turut membayangkan sebarang keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan hal-hal keselamatan dalam negara akan ditentukan sepenuhnya oleh Menteri Dalam Negeri daripada Pakatan Harapan.

Beliau memberi bayangan itu apabila membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membiarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyekat debat antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Biar saya mengingatkan Ahmad Zahid bahawa Ketua Polis Negara tertakluk dibawah tanggungjawab Menteri Dalam Negeri. Menteri Dalam Negeri dan bukannya Ketua Polis Negara yang berhak sama ada debat itu perlu diteruskan atau sebaliknya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Nazri sebelum ini menyahut cabaran Mahathir yang juga untuk berdebat mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bumiputera Malaysia Finance (BMF).

Pihak polis bagaimanapun melarang penganjuran debat itu ekoran bantahan penduduk sekitar kawasan debat itu mahu dianjurkan selain mempertimbangkan daripada segi ketenteraman awam.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa calon Menteri Dalam Negeri jika Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah daripada parti DAP. – MYNEWSHUB.CC


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top