.... PKR Tidak Arahkan Rafizi Serang PAS | AAKJ






PKR menafikan dakwaan kononnya parti itu mengarahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya menye­rang kepemimpinan Pas membabitkan tuduhan menerima dana daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid ketika dihubungi menyatakan, tindakan Rafizi adalah berasaskan maklumat yang diperoleh oleh Naib Presiden PKR itu sendiri.

“Tidak ada (arahan)... semua tindakan yang dibuat oleh Rafizi (terhadap Pas) itu atas maklumat diterimanya. Kalau saya ada maklumat itu, saya juga akan mengambil tindakan yang sama,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Pas menyifatkan tuduhan Naib Presiden PKR itu mengenai dana 1MDB disalurkan kepada pemimpin yang rapat dengan parti tersebut sebagai liar, tidak kukuh dan tidak perlu dilayan.

Naib Presidennya, Idris Ahmad sebalik­nya melihat tuduhan itu bertujuan mengalihkan perhatian daripada isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 selepas Pas berjaya membentangkannya di Parlimen.

Naib Presidennya, Idris Ahmad sebaliknya melihat tuduhan itu bertujuan mengalihkan perhatian daripada isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 selepas Pas berjaya membentangkannya di Parlimen.

Dalam pada itu, Abdullah Sani yang juga Pengerusi Biro Pekerja PKR menyokong tindakan Rafizi yang dianggapnya tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk Pas.

“Apa yang dibangkitkan Rafizi itu ialah isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kalau sesiapa pun termasuk ahli PKR sendiri me­lakukan penyelewengan, saya percaya dia akan mengambil pendekatan yang sama,” ujarnya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top