.... PKR Hilang Selangor Jika Terus Serang Pas | AAKJ





Serangan berterusan yang dilancarkan oleh pemimpin-pemimpin PKR akan menyebabkan parti itu terpaksa menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tanpa bantuan Pas.

Wakil Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, tindakan itu boleh menyebabkan PKR hilang jawatan Menteri Besar di Selangor yang disandang oleh Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


“Tetapi ingat, kalau tanpa jemaah ini membantu, kerusi Menteri Besar penggal ini merupakan yang terakhir untuk beliau,” katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-58 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.


Beliau turut mencabar Rafizi Ramli untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan dalam PRU-14 sekiranya Naib Presiden PKR itu sanggup berdepan dengan gerak gempur yang dilancarkan ahli-ahli Dewan Pemuda Pas yang kesal dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap kepemimpinan parti.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top