.... PKR Diceraikan Talak Tiga | AAKJ





Usul untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi Pas dengan PKR diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang bersidang pada Muktamar Dewan Pemuda ke-58 di Kompleks Pas Kedah hari ini.

Perwakilan Terengganu, Abdul Rahman Che Mat yang membawakan usul tersebut berkata, perkara berkenaan diusulkan berikutan tindakan PKR yang kerap kali melakukan serangan terhadap Pas dan kepimpinannya.

Abdul Rahman juga menyatakan PKR turut melemparkan pelbagai tohmahan terhadap presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam mengadakan hubungan tahaluf siyasi dengan Pas.

“Atas sebab-sebab Yang dinantikan inilah mencadangkan agar hubungan tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan dengan talak tiga.

“Hubungan ini perlu diputuskan kerana serangan-serangan yang dilakukan oleh PKR terhadap pas membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang parti ini,” kata beliau ketika membentangkan usul berkenaan.

Usul pemutusan hubungan tahaluf siyasi pas dengan PKR berkenaan setelah di sokong oleh perwakilan Dewan Pemuda Pas Shah Alam.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top