.... Pimpinan PPBM Kejar Dedak Tun Mahathir – PAS | AAKJ





Ianya kelihatan seperti bekas pemimpin UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana mengejarkan dedak dan sagon daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, bekas ahli UMNO terbabit tidak layak untuk berkata tentang “Good Governance”

Malah, beliau mengingatkan golongan itu supaya berwaspada jangan sampai UMNO membuka fail lama yang mendedahkan mereka ‘faraid’ harta negara sebelum ini.

“Beliau dan rakan-rakan sama waktu dengannya dah kenyang sewaktu dengan UMNO.

“Apabila tuannya jamu tidak cukup itu yang marah dengan UMNO. Golongan ini tidak layak bercakap soal “Good Governance”,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan seorang bekas pemimpin UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini bersama PPBM mendakwa PAS alat dan dedak UMNO.

“Saya senyum kerana kawan saya ni dah berapa kali lompat parti. Mula-mula UMNO, kemudian PKR, kemudian UMNO, sekarang PPBM.

“Saya kenal beliau ini kawan lama saja. Itulah ucapan beliau ketika dia belasah Mahathir zaman reformasi dulu” jelasnya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top