.... Perlukah Mahkamah ‘Layan’ Semua Kes Anwar? | AAKJ






Terbaru:

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfaikan permohonan kepada Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur untuk menketepikan sabitan kes liwat II, atas alasan saksi utama memberi keterangan yang tak boleh dipercayai.

Anwar menamakan kerajaan Malaysia sebagai defendan di mana beliau memohon mahkamah menketepikan sabitannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, 2015.

Beliau memohon sabitan dan hukuman lima tahun penjara itu diketepikan dan dirinya dibebaskan serta merta.

Dalam permohonan itu, Anwar mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan, iaitu saksi utama adalah seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dan pihak kerajaan bergantung pada keterangan sumpah-bohong Saiful untuk kelebihan sendiri.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya pada 10 Feb 2015.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu, yang dinafikannya walaupun di sebalik sabitan itu.

Anwar sebelum ini memohon Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusannya, tetapi ini telah ditolak pada 14 Disember tahun lalu.

Anwar mungkin sengaja memfailkan pelbagai kes di mahkamah untuk ‘memudahkan’ beliau keluar masuk penjara tidak seperti penjenayah kejam yang lain yang begitu sukar untuk ‘menikmati kehidupan’ di luar penjara. Perlukah setiap kes Anwar dilayan sebegitu rupa oleh pihak mahkamah. Bagaimana pula proses tarbiyah Anwar sebagai penjenayah kejam?

Bukti air mani Anwar tidak cukup?

-bicara.news

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top