.... Perbezaan Jumlah Bantuan Antara Sekolah Islam Dan Bukan Islam Di Pulau Pinang | AAKJ




Walaupun parti rasis dan cauvinis DAP di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang tidak pernah mengakui yang parti itu semenangnya anti Melayu dan Islam, namun segalanya boleh dibuktikan melalui tindak-tanduk parti tersebut.

Selama ini parti rasis itu sering melaungkan bahawa parti itu bukan anti perkauman, kononnya parti itu merupakan parti untuk menyatukan semua bangsa. Namun itu semua hanya kata-kata ‘manis’ yang langsung tidak boleh dipercayai.

Ini boleh dibuktikan menerusi perbandingan data bantuan untuk sekolah Islam dan bukan Islam di Pulau Pinang yang menjadi tular di media sosial, semalam. Melalui pendedahan itu membuktikan parti rasis dan cauvinis DAP sememangnya anti Melayu dan Islam.

Menurut pendedahan itu, sekolah bukan Islam (Cina) dan mubaligh mendapat bantuan yang paling besar iaitu sekitar RM328,000 untuk satu buah, berbanding dengan bantuan kepada sekolah aliran Islam yang hanya berjumlah RM40,500.

Manakala, bantuan untuk bukan Islam (Tamil) pula berjumlah RM289,000 untuk satu buah jauh lebih besar dengan bantuan kepada sekolah aliran Islam.

Justeru, masih ada yang ingin mempertahankan mengatakan parti rasis itu bukan anti Melayu dan Islam lagi?

Tak cukup dengan kezaliman itu, seorang ADUN negeri Pulau Pinang sebelum ini pernah meminta pili bomba untuk empat Sekolah Agama Rakyat, namun permintaannya ditolak.

“Hangpa nampak tak betapa DAP amat benci pada Islam sehinggakan bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz teramat sedikit jika nak dibandingkan dengan sekolah agama lain.

“Tak cukup dengan kezaliman di atas. ADUN yang beragama Islam ini juga telah meminta pili bomba untuk 4 Sekolah Agama Rakyat. TAPI DITOLAK.

“Adakah nyawa umat Islam tiada harga di Pulau Pinang?,” dedah pengguna media sosial bernama aalam.aabidullah dalam Facebooknya semalam.

-Utaranews

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top