.... Pengasas PPBM Umum Keluar Parti | AAKJ




Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti.

Kamarulazman Habibur Rahman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi BERSATU turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.

"Hari ini saya ingin umumkan peletakan jawatan saya sebagai ketua penaja bahagian PPBM Teluk Kemang.

"Saya juga menolak tawaran sebagai pengerusi perhubungan PPBM Negeri Sembilan dan saya letak jawatan saya sebagai setiausaha kerja PPBM pusat.

"Saya juga letak jawatan sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM. Dan akhir sekali saya undur diri dari jadi ahli PPBM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.


Kabur dengan perjuangan PPBM.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top