.... Penasihat DAP Dicabar Serah Jawatan Kepada Seng Giaw | AAKJ





Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar supaya meletakkan jawatan dan menyerahkan kedudukannya itu kepada Naib Presiden parti tersebut, Dr. Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong sejak 1982.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun (gambar) berkata, Seng Giaw yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dipercayai lebih berkredibiliti sebagai pemimpin berbanding Kit Siang yang gagal mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam kesemua pilihan raya umum (PRU).

Khairul Azwan me­negaskan, Kit Siang tu­rut digesa supaya ber­henti menggunakan o­rang Melayu dalam pa­katan pembangkang sebagai patung dan semata-mata ingin meraih sokongan daripada kaum itu.

“Saya pelik sebenarnya apabila DAP yang memiliki 37 kerusi dalam Dewan Rakyat sekali gus menjadi parti paling besar dalam pembangkang tetapi melantik orang Melayu sebagai Ketua Pembangkang.

“Jelas sekali Kit Siang yang mempunyai pengalaman 48 tahun dalam politik menyedari orang Melayu memang tidak menyokongnya, sebab itu, beliau menggunakan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Tun Dr. Mahathir Moha­mad sebagai orang tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Dalam perkembangan lain, Khairul Azwan meminta Kementerian Pendidikan memastikan murid-murid di peringkat sekolah rendah menguasai bahasa Inggeris sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Katanya, banyak guru-guru di peringkat sekolah menengah yang terbeban ekoran terpaksa berdepan sebahagian besar pelajar tingkatan satu yang masih lemah dalam penggunaan tatabahasa bahasa Inggeris.

“Bukan saya hendak menafikan kepentingan bahasa Melayu, tetapi kita kena realistik dengan keperluan hari ini yang mengutamakan bahasa Inggeris dalam semua bidang.

“Agak menyedihkan apabila melihat ramai anak Melayu gagal mendapat tempat dalam mana-mana sektor pekerjaan ekoran kelemahan menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik,” katanya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top