.... Pemimpin Melayu Dipergunakan Kit Siang | AAKJ









Keengganan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai parti itu jelas membuktikan beliau menggunakan pe­mimpin Melayu untuk melawan Barisan Nasional (BN).

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Teo Chee Kang berkata, DAP boleh dika­tegorikan sebagai parti terkuat dalam pakatan tersebut apabila memegang 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Katanya, oleh demikian, maka amat jelas bahawa Kit Siang sebenarnya yang memainkan peranan utama bukan sahaja mengetuai barisan hadapan di Parlimen, tetapi juga dalam menguruskan Pakatan Harapan yang diketuai DAP secara keseluruhannya.

“Saya hairan kenapa dia mengelak daripada memegang jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan itu, sedangkan kalau diikutkan perlembagaan, Kit Siang juga sudah layak menjadi Perdana Menteri!

“Kit Siang memberi gambaran yang jelas bahawa beliau menggunakan pe­mimpin Melayu dalam Pakatan Harapan apabila menolak meme­gang jawatan tertinggi Pakatan Harapan atau Ketua Pembangkang,” katanya dalam ke­nyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Tambah Chee Kang, Kit Siang mesti menyatakan dengan jelas kepada rakyat Malaysia me­ngapa sanggup bertindak sedemikian kerana ini sangat pelik apabila parti terbesar dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu membenarkan parti-parti yang lebih kecil untuk menerajui.

“Persoalan mengapa Kit Siang menolak memegang jawatan tersebut turut bermain dalam fikiran semua orang. Adakah sebenarnya DAP menjadi tuan kepada boneka yang dimainkan dalam semua lakonan ini?

“Selain itu, adakah DAP akan menggunakan pengaruhnya dalam membuat keputusan dalam Pakatan Harapan melalui kesatuan pemimpin Melayu?,” tambahnya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top