.... Patung Moyet Tergantung Di Muktamar PAS | AAKJ



ALOR SETAR: Penganjuran Muktamar PAS ke-63 di Kedah yang masuk hari ketiga hari ini, dicemari provokasi penggantungan patung seekor monyet yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penghinaan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini. 

Patung monyet yang dipakaikan cermin mata, bermisai putih, berserban dan dililit 'mafla' PAS itu ditemui digantung pada pokok, dengan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) digantung di sebelah kiri dan kanan. 

Patung itu dikatakan digantung pada pokok di laluan utama Jalan Alor Setar-Yan, kira-kira lima kilometer dari Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut. 

BH yang menerima maklumat mengenainya bergegas ke lokasi untuk meninjau, bagaimanapun ketika sampai patung monyet itu sudah diturunkan. 

Sebelum ini, satu karikatur moyet yang disiarkan akhbar Nanyang Siang Pau mengundang kemarahan pelbagai pihak, khususnya umat Islam di negara ini. 

Selain Presiden PAS, turut digambarkan dengan karikatur monyet susulan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Memperkasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Abdul Hadi bagaimanapun menerima permohonan maaf secara terbuka oleh pengurusan Nanyang Siang Pau.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top