.... Pas Turun Padang Beri Penjelasan RUU 355 | AAKJ













Pemimpin Pas akan turun padang untuk memberi penjelasan berhubung Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU 355 kepada masyarakat, termasuk yang bukan beragama Islam, dalam masa dua tiga bulan akan datang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembenta­ngan RUU 355 memperjelaskan kekeliruan yang selama ini menggambarkan seolah-olah rang undang-undang itu me­rupakan pintu belakang kepada hudud.

“Pembentangan itu jelas bukan sebagaimana yang didakwa untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi ia hanyalah menaik taraf mahkamah syariah. Pembentangan itu sedikit sebanyak meredakan kekeli­ruan masyarakat,” katanya selepas menghadiri program anjuran Pas, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata: “Pas berasa lega dengan pembentangan RUU 355 setelah sekian lama tertangguh.”

Berhubung kerjasama de­ngan parti pembangkang lain seperti DAP, beliau berkata, meskipun sudah tidak ada kesepakatan, namun pemuafakatan sebagai parti pembangkang masih wujud khususnya dalam pembahagian kerusi dalam pilihan raya ke-14 akan datang.

“Apa yang kita harapkan kerusi yang ditandingi Pas tidak akan diganggu oleh parti pembangkang lain. Sebenar­nya dalam konteks pembangkang, tidak ada dibentuk satu muafakat berdaftar, seperti ada satu logo, satu lambang seperti Barisan Nasional yang penting adalah muafakat,” katanya. 
 
– BERNAMA


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top