.... Pas Tidak Akan Bekerjasama Pakatan Harapan | AAKJ




Pas me­negaskan parti itu tidak akan be­kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP berdasarkan sikap gabungan tersebut yang menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 secara berterusan.

Timbalan Pre­si­den Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu amat tepat berikutan penentangan mereka terhadap agenda Islam yang dibawa oleh Pas.

“Episod RUU 355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini adalah betul, iaitu kedua-dua belah ibarat biawak hidup di mana satu belah tidak berani membawa dan satu belah lagi bukan sahaja menentang, malah hak Pas untuk membentangkan RUU 355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang,” katanya dalam satu ke­nyataan hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, penentang kepada agenda Islam yang dibawa oleh Pas termasuk RUU 355 itu kini cuba mengalih­kan perhatian dengan melaga-lagakan pimpinan Pas dan menabur fitnah kepada parti itu.

“Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang mengenai RUU 355 oleh Abdul Hadi dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan terhadap Pas.

“Tuduhan di­buat juga tanpa bukti dan mereka juga bermain perang saraf untuk melagakan pimpinan Pas,” katanya.

Bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim, strategi lapuk sebegitu tidak akan berjaya kerana Pas hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan pada 2015.

“Kepada yang membuat tuduhan, lapor kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan dapat diambil terhadap Pas sekiranya ada malah Pas akan memberikan kerjasama sepenuhnya. Pas akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga,” katanya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top