.... PAS Sudah Mula Cakap Besar Dan Melalut | AAKJ





Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan PAS kini berada dalam keadaan lebih baik berbanding parti-parti lain.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, semua parti politik di Malaysia menghadapi masalah kecuali PAS yang sudah kebah daripada demam.

“Umno berpecah keluar (jadi) PPBM (Parti Pribumi Bersatu), Umno sekarang sedang demam.

“PKR berpecah dua. Ada orang mengatakan serangan dibuat (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli bukan untuk menyerang PAS tetapi untuk cepatkan putusnya tahalus siyasi antara PAS dan PKR.

“Supaya kumpulan yang cenderung kepada pas boleh disingkirkan daripada PKR,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Sabtu lalu.

Rakaman ucapan itu disiarkan dalam Facebook beliau.

Terdahulu, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa belia mempunyai bukti bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menerima dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun Nasharudin dan PAS menafikan dakwaan itu.

Mohd Amar berkata, wujud pandangan mengatakan Rafizi menyerang PAS tetapi tetapi bukan untuk menjatuhkan pasti Islam itu, sebaliknya mengamalkan pepatah Melayu ‘pukul anak sindir menantu’.

“Ini tujuannya, ada pertembungan cuma kita tak nampak secara jelas sebab PKR ini mereka bergaduh di dapur. Dia tak bergaduh depan rumah.

“Kita tak nampak tapi kadang-kadang bunyi pinggan pecah, dan bila pecah pinggan dia bawa keluar senyap-senyap ikut pintu dapur. Jadi orang tak perasan, kecuali orang kutip sampah,” jelasnya.

Mengulas mengenai masalah dihadapi DAP pula, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu berkata, parti itu sedang menghadapi demam denggi berdarah.

“DAP menghadapi masalah apabila empat orang wakil rakyatnya di satu parlimen dan tiga ADUN keluar parti. Yang kita dapat maklumat ada beberapa orang lagi yang menunggu untuk keluar.

“Di Pulau Pinang baru-baru ini seorang wakil rakyatnya minta secara terbuka supaya (ketua menteri) Lim Guan Eng letak jawatan kerana dia menghadapi tuduhan rasuah dalam pembelian banglo.

“Dalam ketiga-tiga parti ini DAP yang paling teruk, demamnya adalah demam denggi dan mengikut diagnosis doktor, dengginya adalah denggi berdarah,” katanya yang menggunakan bidalan.

Tambah Mohd Amar, penyakit denggi berdarah dihadapi DAP sukar diubati “walaupun rebusan ketam dalam kuantiti banyak sebaliknya perlu makan sekali dengan periuk”.

Sementara itu, beliau menegaskan betapa PAS dalam segi politik merupakan parti yang stabil dan paling kuat khususnya untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-14.

“Walaupun kita menghadapi masalah dalaman selepas muktamar baru-baru ini, tetapi kita sudah melepasi demam tersebut. Sudah kebah, cuma mulut pahit.

“Sebab itu bila tengok ‘Oren’ rasa geram nak makan, kerana mulut pahit,” katanya, dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang menggunakan warna rasmi oren.

Hakikatnya PAS yang menunggu masa untuk dikuburkan oleh PAN. Naib Presiden PAS sepatutnya beri keyakinan pada ahli PAS bahawa parti itu lebih islamik dari PAN. Bayangkan maruah PAS lebih teruk dari kubang khinzir. PAN keluar PAS tapi kekal bersama DAP. PAS pula terhegeh tidak tahu malu memberi syarat kepada DAP, kalau inginkan PAS maka pilih antara PAS dan PAN.
 
-bicara.news

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top