.... PAS : Kami Akan Halang DAP Kuasai Negara | AAKJ





Pas menegaskan komitmennya untuk menghalang DAP yang dilihat sebagai ancaman terhadap Islam daripada menguasai pentadbiran negara.

Menurut sumber, perkara itu dinyatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam taklimat tertutup bersama perwakilan parti di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini malam ini.

Difahamkan, Pas turut mengambil pendirian serupa terhadap Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Sumber tersebut menambah, Pas juga akan berusaha menambah bilangan kerusi yang dikuasai orang Melayu sehingga 50 peratus.

Difahamkan, sasaran itu boleh dicapai dengan memperkukuhkan pengaruh Pas di beberapa negeri.

Seperti yang dijelaskan oleh sumber berkenaan, usaha itu juga berupaya mengekalkan teras Melayu dan Islam dalam pentadbiran negara.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top