.... PAS Bersyukur Tiada Pemimpin Seperti Rafizi | AAKJ






Barisan kepemimpinan Pas bersyukur kerana tiada pemimpin dalam parti itu yang bersikap seperti Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, beliau sendiri pernah dilemparkan pelbagai kata sinis yang mempertikaikan kepemimpinannya ketika menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas.

“Kenapa saya tidak seperti Rafizi? Pemuda Pas lemah kerana gagal melahirkan Rafizi? Mana Rafizi versi Pas?

“Waktu itu, saya hanya mampu senyum menerima asakan persoalan sedemikian. Hari ini, bolehlah saya jawab, mujur Pemuda Pas tidak ada Rafizi. Alhamdulillah,” ” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR sebelum ini mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai terdapat individu yang rapat dengan Pas menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top