.... PAS Beri Amaran Keras Kepada Pakatan Harapan | AAKJ




Jangan ganggu PAS atau PAS akan mengganggu parti lain – itu peringatan diberi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kata timbalan presiden PAS itu, jika calon berkenaan – yang dirancang diletakkan di 80 kerusi parlimen – diganggu, partinya akan turut diletakkan di kerusi ditandingi HARAPAN.

“Kita beritahu, jangan ganggu kerusi PAS. Bila ada kerusi PAS diganggu maka kita bebas bertanding di mana-mana, termasuk PKR, PAN dan mana-mana pihak di dalam HARAPAN,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.

PAS secara terbuka sudah menyatakan beberapa kali rancangan mereka untuk meletakkan calon di 80 kerusi parlimen pada PRU akan datang.

Keadaan itu berlaku ketika pembangkang cuma menamatkan penguasaan BN dalam semua pilihan raya setakat ini. Bagaimanapun setakat ini diyakini ia hanya dapat dicapai jika pertandingan dua penjuru berlaku.

Kedudukan PAS yang tidak bersama HARAPAN membuka kemungkinan BN akan dicabar oleh lebih daripada satu parti pembangkang pada PRU ke-14.

Penegasan sama turut dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali. 

PAS bertanding di 80 kerusi melayu berhadapan dengan UMNO.
Pakatan Harapan jangan masuk.
PAN jangan masuk.
PBBM pun jangan masuk.
PKR bertanding di kerusi mereka PRU ke 13. DAP pun sama.
2 penjuru akan berlaku.
TAPI bersediakah PAN untuk tidak bertanding pilihanraya?
Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada PAN di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada pru ke 13?


Dr Khairuddin at-Takiri (Facebook)
 
Hari ini, bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, turut menegur pimpinan partinya sebagai bongkak dalam percaturan mereka menghadapi pilihan raya.

Katanya kenyataan seumpama itu akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kenyataan itu adalah tanda komitmen PAS mempertahankan kerusi mereka daripada diganggu parti lain khususnya HARAPAN.

“Ini bukan arahan. Kita akui PAS tak boleh arahkan parti-parti lain. (Apa) yang kita sebut bukan arahan, tetapi komitmen sekiranya kerusi PAS tak diganggu maka kita pun tak ganggu kerusi lain.

“Namun apabila PAN isytihar hendak bertanding kerusi PAS – termasuk di Shah Alam yang dimenangi atas tiket PAS – kita akan pertahan kerusi tersebut,” tegas Tuan Ibrahim.

HARAPAN, katanya, perlu faham kerusi yang akan ditandingi PAS adalah milik tradisi mereka selama ini dan keadaan itu ingin dikekalkan.

“Mereka faham kerusi itu kerusi tradisi PAS yang akan dikekalkan. Jika mereka ganggu kita harap HARAPAN akan ingat, demi perubahan besar dalam konteks negara, maka kena akur.

“Saya lihat yang akan jadi gangguan adalah faktor (kenyataan) hendak serang Kelantan, ambil alih Kelantan dan sebagainya tetapi kena tumpu kepada negeri yang dimenangi BN. Bukan ganggu kerusi yang dimenangi PAS,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ibrahim turut menyentuh soal kerjasama PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM ) yang sehingga kini belum mencapai kata putus.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS masih memerlukan masa ekoran ketidakstabilan BERSATU kini.

“Kita masih ada tahaluf dengan PKR, dengan PPBM kita ada jawatankuasa perunding dan kita tidak meterai sebarang perjanjian lagi sebab kita nampak (PPBM ) tak stabil.

“Macam mana kita nak ikat kalau tak stabilkan? Biarlah stabil dulu,” kata Tuan Ibrahim.

-bicara.news

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top