.... PAS-1MDB: Rafizi Hanya Bawa 'Akuan Sendiri' Ke SPRM | AAKJ



PUTRAJAYA – Lain diharap, lain pula yang berlaku. Mungkin itulah gambaran paling sesuai untuk menceritakan ‘aksi lawak’ terbaharu Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ia gara-gara kehadiran beliau di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini cuma bagi membuat laporan berhubung dua akuan berkanun berkaitan isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Kemunculan Rafizi di bangunan SPRM kira-kira pukul 12 tengah hari itu dianggap pelbagai penganalisis politik cuba untuk menutup kegagalan dirinya membawa bukti korupsi 1MDB yang hebat dicanangkannya sendiri sebelum ini.

Secara kebetulan Rafizi hadir tepat pada waktunya untuk mengalihkan perhatian daripada skandal kekayaan luar biasa Ketua AMK Ampang Jaya, Datuk Adam Rosly yang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini sebelum itu.

Justeru, Rafizi tampil di SPRM dengan hanya membawa akuan berkanun mendakwa kononnya bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana rahsia daripada SRC, syarikat berkaitan 1MBD.

Lucunya, tiada butiran ditampilkan walhal sebelum itu, Rafizi memaklumkan konon ada bukti bagi menyokong dakwaan kes tersebut. Nasharuddin menjadi pemimpin No.2 PAS sebelum 1MDB wujud dan berundur pada 2011.



Akuan kedua pula, menafikan tohmahan oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin dan Badrul Hisham Shaharin berkaitan isu PKR pernah menerima wang sulit RM26 juta daripada ahli perniagaan, Datuk John Soh Chee Wen.

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard dan dipecat secara zalim sebagai ahli seumur hidup parti mendakwa jutawan itu membiayai PKR dan ia lebih teruk daripada dakwaan Rafizi konon 1MDB ada bantu PAS.

Pengamat politik tempatan justeru melihat tindakan terdesak Rafizi membawa akuan sendiri ke pejabat SPRM itu bukan sahaja kelakar, tetapi jelas menyerlahkan beliau hanya membuat tuduhan secara rambang tanpa asas kukuh.

Minggu lalu, Rafizi jadi bahan kutukan netizen tempatan yang menyelar beliau biadab mempertikaikan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul persendirian RUU 355.

Untuk rekod, Rafizi sudah banyak kali ‘kontoi’ dalam pelbagai dakwaan tertentu dan pernah menyatakan beliau sekadar bergurau apabila kalah dalam kes fitnah cincin isteri Perdana Menteri. – Agensi

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top