.... PAN Tidak Boleh Berdiri Sendiri | AAKJ




Pas yakin parti serpihannya, PAN tidak mempunyai kekuatan sendiri apabila terpaksa bergantung pada pihak lain untuk mendapatkan sokongan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan PAN meraih sokongan seperti menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia menunjukkan parti itu tidak yakin dengan kekuatan kepemimpinan mereka sendiri.


“Orang yang kuat tidak bergantung dengan orang lain. Tambah- tambah lagi bergantung pada yang telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Madrasah Darul Ulum di sini hari ini.


Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianjurkan PAN baru-baru ini mengundang kritikan daripada pelbagai pihak kerana parti itu menggunakan nama bekas Mursyidul Am Pas untuk meraih populariti.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top