.... Nak Jadi Ketua Bahagian Parti Bunga Kena 'Beli' Jawatan RM250,000? | AAKJ




SHAH ALAM, 24 April — Aktiviti menjual jawatan penting didakwa wujud Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), lapor Sinar Harian.

Seorang individu ditawarkan jawatan ketua bahagian tetapi perlu membayar RM250,000, antara syarat yang tersebar menerusi WhatsApp.

Syarat lain dikenakan termasuklah pejabat kekal, mengekalkan ahli jawatankuasa sedia ada, memberi elaun bulanan dan menggaji setiausaha.

“Itu baru satu bahagian. Bagaimana pula dengan bahagian Bersatu yang lain,” kata sumber, tanpa mendedahkan nama bahagian terbabit.

Sumber itu turut mendakwa terdapat beberapa ketua bahagian PPBM yang telah dilantik tetapi muflis dan mempunyai rekod polis.

“Bagaimana lantikan dan sumpah ikrar terhadap presiden parti itu boleh dilakukan sekiranya ada ketua bahagian muflis dan mempunyai rekod polis?

"Tidak sukar untuk menyemak sejumlah nama ini,” kata sumber.

Sumber itu menggesa PPBM memandang serius dakwaan tersebut demi menjaga keutuhan parti dan tidak melemahkan semangat akar umbi.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top