.... "Mung Ada Ibu Bom, Aku Ada Bapok Segalo Bom" - Rusia | AAKJ





JIka Amerika Syarikat hanya menggugurkan bom konvensional seberat seberat 9,797 kilogram dipanggil GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast atau "Ibu Segala Bom" (MOAB) di Afghanistan, Rusia menegasakan mereka mempunyai bom yang lebih besar, lapor Business Insider.

Negara berkenaan mendedahkan jika Amerika mempunyai "Ibu Segala Bom," mereka pula mempunya "Bapa Segala Bom," (FOAB) dimana ianya adalah empat kali ganda lebih besar daripada MOAB.

Ia adalah sebuah bom thermobaric dengan radius kemusnahan hampir 1,000 kaki dan hasil letupan bersamaan hampir 44 tan TNT berbanding MOAB radius kemusnahan 500 kaki dan letupan bersamaan 11 tan TNT.




Senjata Thermobaric adalah berbeza daripada bom konvensional dimana bom jenis ini letupannya bergabung dengan oksigen atmosfera untuk memanjangkan radius kemusnahan.

Dibangunkan pada tahun 2007, FOAB meletup di udara, menyalakan campuran bahan api-udara. Geleombangnya mampu memusnahkan sasaran dan meruntuhkan struktur, menghasilkan letupan dan gegaran susulan sekuat letupan nuklear kecil tetapi tanpa kesan sampingan radioaktif.


Aakj: Macam budak-budak - 'main' mak bapak la pula..


SK

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top