.... Muktamar Tahunan Pas : Perwakilan Berpeluang Bahas Isu Tahaluf Siyasi Dengan PKR | AAKJ





Hujung bulan ini, PAS akan membuka peluang kepada semua perwakilan untuk membahaskan mengenai isu tahaful siyasi antara Pas dengan PKR pada Muktamar Tahunan Pas Ke-63 yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, segala pendapat daripada perwakilan akan diambil kira sebelum keputusan mengenainya dibuat oleh Majlis Syura nanti.

“Ada kawasan yang usul PAS putuskan hubungan, kaji semula dan sebagainya dan semua pandangan perwakilan kita akan ambil kira.

“Majlis Syura akan membuat keputusan dan kaji dari segi hukum sebelum keputusan rasmi mengenainya diumumkan,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, isu tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR hangat diperkatakan apabila terdapat pimpinan PKR semakin lantang menyerang kepimpinan Pas dalam pelbagai isu termasuk Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang menuduh Pas menerima dana daripada UMNO.

PAS Pulau Pinang antara yang bertindak tegas dalam isu ini apabila membuat keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendapati mereka digunakan PKR untuk mendapatkan sokongan politik khususnya di Permatang Pauh.

Selain PAS Pulau Pinang, sebanyak empat kawasan PAS di Terengganu iaitu Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top