.... Mufti Perak : Siti Kasim Harus Pelajari Islam Sebelum Buat Kenyataan | AAKJ




Terbaru, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria hari ini memberikan nasihat kepada Peguam, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali dengan nama Siti Kasim supaya mempelajari dan memahami agama Islam sebelum memberikan apa-apa kenyataan berkenaan agama suci itu.

Sebagai peguam, Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh isu berkaitan Tauhid yang jelas bukan bidangnya.

“Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad. Orang yang murtad itu terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam,” katanya dalam sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di Ipoh, hari ini.

Harussani mengulas laporan media yang menyebut tentang kenyataan Siti Kasim berhubung tuhan dalam satu temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas.

“Saya menasihatkan (Siti Kasim) untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah.

“Kita beruntung kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Cukup beruntung. Pelajarilah agama Islam yang dibawa oleh mak dan bapa kita. Kita pertahanlah agama itu. Jangan kita bercakap perkara yang kita tidak tahu kerana itu akan merosakkan diri kita,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan tuhan.

Dalam satu temubual dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas dia berkata bahawa beliau ada terfikir tentang kewujudan Tuhan.

Menurut beliau, seseorang telah memaklumkan kepada beliau bahawa Tuhan itu wujud melalui tenaga yang dihasilkan daripada manusia iaitu setiap darinya bergantung sama ada ia mempunyai aura tenaga positif atau negatif. Siti Kasim seterusnya menyebut sumbernya memberitahu, jika aura tenaga positif yang baik beliau percaya Tuhan yang baik akan dapat dihasilkan, begitu juga sebaliknya.
-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top