.... Mengapa Lapuran Audit 1MDB Di OSA | AAKJ








Dr Azuddin:

(Antara soalan yang sering dikemukakan pembenci Najib namun mereka tidak mahukan sebarang jawapan)

Selain dari lapuran audit 1MDB, pernahkah kamu membaca lapuran-lapuran audit keatas akaun perbendaharaan kerajaan negeri di Malaysia termasuk lapuran audit keatas akaun perbendaharaan Negeri Selangor, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Kelantan. Kalau kamu pernah sila jawab soalan-soalan berikut

i) Apa terjadi kepada peruntukan tahunan sebanyak RM800 juta yang Kerajaan Pusat beri kepada Kerajaan Selangor untuk projek baik pulih jalanraya di negeri tersebut

ii) Apa terjadi kepada peruntukan RM745 juta yang diluluskan okeh Kerajaan Pusat pada akhir tahun 2007 untuk projek Canal City iaitu projek tembatan banjir di Kajang.

Untuk makluman kamu, semua lapuran-lapuran audit Jabatan Audit Negara adalah di klasifikasikan dibawah OSA dan begitu juga dengan lapuran-lapuran kajian keatas sesuatu projek yang akan atau sedang atau telah di laksanakan oleh mana-kerahaan baik Kerajaan Pusat mahu pun Kerajaan Negeri.

Sebenarnya pemimpin Pakkatoon hanya menggunakan OSA sebagai alat untuk menghasut rakyat saja untuk mendapatkan POLITICAL MILEAGE saja iaitu apabila kerajaan BN mengklasifikasikan sesuatu lapuran dibawah OSA, pemimpin dan macai Pakkatoon akan MENYALAK dengan pelbagai dakwaan seperti BN cuba menutup kelemahan mereka.

Apabila NGO Anak Selangor mendesak Kerajaan Selangor dedahkan lapuran berkaitan LEBUHRAYA DASH, EKVE dan SUKE yang diluluskan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 2015, pandai pula Azmin Ali dan Zuraidah menolak permintaan mereka atas alasan lapuran-lapuran tersebut adalah dibawah OSA.

Tidak kah ini membuktikan bahawa Pakkatoon mengamalkan DOUBLE STANDARD dan tidakkah keengganan mereka mendedahkan lapuran tersebut juga adalah satu PERBUATAN CUBA MENUTUP KELEMAHAN DAN PENYELEWENGAN MEREKA.

FAKTA

Begitu juga dengan LAPURAN KAJIAN TEROWONG GUAN ENG yang menelan belanja RM305 juta. Kenapa Guan Eng klasifikasikan lapuran tersebut dibawah OSA dan enggan mendedahkannya kepada rakyat????? Kenapa kamu dan macai-macai Pakkatoon dan Protun TIDAK MELALAK dan MENDESAK Guan Eng dedahkan juga LAPURAN KAJIAN TEROWONG tersebut.

Sebenarnya bukan saja lapuran audit Jabatan Audit Negara (kerajaan) saja yang sulit MALAH SYARIKAT SWASTA PUN MENGANGGAP LAPURAN AUDIT SYARIKAT MEREKA SEBAGAI SULIT DAN PERSENDIRIAN dan hanya pegawai-pegawai atasan TERTENTU saja yang mempunyai authoriti untuk membacanya. Kebiasaannya syarikat-syarikat swasta HANYA IKLAN di dalam surat khabar hanyalah KUNCI KIRA-KIRA MEREKA (FINANCIAL STATEMENT AND BALANCE SHEET).

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top