.... Mampu Bayar Pinjaman Along RM500,000 - Berapa Pendapatan Adam Rosly? | AAKJ



Kalau baca apa yang tertulis daripada portal berita totok mkini kat bawah tu, dah macam pening lalat Adam Rosly dok berpusing. Dari jawapan pinjam dengan bank hinggalah kepada nenek yang baru meninggal dan akhirnya membetulkan pengakuan kononnya pinjam dari ceti Along pula.

Menariknya, dia pinjam dari neneknya yang baru saja meninggal dunia. Banyak duit arwah nenek beliau rupanya. Apa pekerjaan nenek beliau?

Kalau ditengok pada video di bawah pengakuan ikhlas dan bongkak beliau - dia beli rumah dengan pinjaman bank.

Tambah menarik bila dia meneyebut tentang perniagaan, namun sehingga hari ini beliau gagal tunjukkan apakah perniagaannya yang sebenar.

Bayangkan anda pinjam Along ceti haram dengan jumlah setengah juta ringgit. Berapa interest yang Along kenakan? Kadar bunga biasa yang mereka kenakan biasanya paling murah adalah 1.5% sebulan dan bayangkan berapa Adam kena bayar setiap bulan. Hasil dari perniagaan apa begitu banyak beliau boleh atau mampu bayar? Anda kira sendiri berapa sebulan dia kena bayar.

Aakj tidak sedikit pun ingin mengganggu proses perjalanan kes ini di mahkamah, sekadar ingin tahu.

Akhirnya kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak Mahkamah mengadili kes skandal rasuah ini.

Mkini:

Kertas pertuduhan terhadap Datuk Adam Rosly Abdulllah mendedahkan pemimpin muda PKR itu mendakwa telah meminjam lebih kurang RM500,000 daripada along.

Berdasarkan dokumen berkenaan, Adam Rosly mengaku kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pad 10 Februari bahawa dia membayar pembelian satu unit banglo di bernilai RM1.2 juta.

Pinjaman daripada along dan beberapa individu terbabit dibuat kerana beliau tidak dapat membuat pinjaman pada bank.

Dia didakwa memberi maklumat itu semasa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 Februari lalu di Putrajaya.

Menceritakan bagaimana memperoleh wang untuk membeli rumah ala Disneyland di Ampang, Adam Rosly memecahkan sumber-sumber dana itu seperti berikut:

Pinjaman berjumlah RM500,000, berkemungkinan lebih atau kurang, daripada “Along Leo”.
RM100,000 daripada ibu mentua dan RM100,000 daripada nenek (nenek baru meninggal dunia).
RM250,000 daripada hasil jualan kereta dan gaji pengurusan flat.
RM250,000 hasil perniagaan secara langsung dan tidak langsung.

Bagaimanapun pada 22 Februari, Adam Rosly memperbetulkan kenyataannya.

Katanya dia meminjam RM555,165 daripada Leo untuk tempoh dua tahun dan untuk menyokong pengakuannya itu, beliau mengemukakan dokumen sokongan kepada SPRM.

Daripada jumlah itu Adam Rosly berkata dia sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115.

Keterangan diberi Adam Rosly itu didakwa palsu dan dia hari ini didakwa mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, Adam Rosly boleh didenda tidak lebih RM3 juta, dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Dia berdepan keseluruhan enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim menetapkan Adam Rosly boleh diikat jamin RM300,000.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top