.... Lim Guan Eng 
Disifatkan Tidak Gentlemen | AAKJ




 
Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sewajarnya mencontohi sikap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi apabila bertindak gentlemen menghantar surat peletakan jawatan selepas terpalit dengan tuduh­an rasuah.

Naib Presiden Parti Cinta Ma­laysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, Abd. La­tif ter­nyata tahu tanggungja­wab dan sedar pertuduhan ter­­hadap­nya mungkin akan me­­ro­sakkan imej kerajaan negeri dan parti UMNO yang diwakilinya.

Jelas Cheng Guan, mungkin bagi Abd. Latif biarlah beliau meletakkan jawatan ketika sedang menghadapi kes rasuah di mahkamah.

“Ini baru gentleman, bukan seperti Guan Eng. Saya melihat Guan Eng cukup tamakkan kuasa sehingga sanggup membiarkan imej kerajaan negeri rosak akibat keengganannya me­­letakkan jawatan.

“Seluruh Malaysia tahu Guan Eng telah diha­dapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, namun beliau ma­sih enggan meletak jawatan malah lebih melucukan sanggup meminta mahkamah menangguhkan kesnya dari dibicarakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cheng Guan turut mempersoalkan di mana hilangnya maruah Guan Eng selaku orang penting DAP apabila berhadap­an dengan kes seumpama ini?

“Mungkin Guan Eng harus belajar bagaimana mahu menjadi seorang gentleman.

‘‘DAP Pulau Pinang sendiri sudah mula menyuarakan pe­nolakan mereka terhadap Guan Eng. Namun bagi Guan Eng, kuasa adalah segala-ga­lanya. Cukup memalukan!” tegas Cheng Guan.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top