.... Lebih Baik Minta Trump Bawa Amerika Melabur Di Malaysia Dari Bebaskan Penjenayah Liwat | AAKJ





Terkini, penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memohon bantuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi membebaskan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Penjara Sungai Buloh.

Kumpulan penyokong PKR fanatik Anwar yang menggelarkan diri mereka sebagai Otai Reformis 1998 memaklumkan wakil mereka akan hadir ke Kedutaan AS di Malaysia pada 6 April ini bagi tujuan itu.

“Otai Reformis 1998 akan hantar delegasi untuk bertemu pegawai AS bagi mendapatkan perhatian Presiden AS berhubung pemenjaraan Anwar pada pukul 11 pagi, 6 April 2017,” kata Setiausahanya, Abdul Razak Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati salah oleh mahkamah meliwat seorang lelaki lain yang juga pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan beberapa tahun lalu.

Selama ini, pemimpin Pakatan Harapan bagaimanapun mewar-warkan kepada masyarakat luar negara kononnya Anwar merupakan seorang tahanan politik bagi mendapatkan campur tangan kuasa asing.

Malah, ini bukan kali pertama penyokong Anwar berbuat demikian malah ketika beliau dipenjara pada 1999, mereka pernah meminta presiden AS ketika itu, Bill Clinton ‘menggulingkan’ Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Walau bagaimanapun, kumpulan tersebut tidak berani memohon bantuan Barack Obama sepanjang lapan tahun pentadbirannya kerana hubungan baiknya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top