.... Laungan Azan Perlu Dapat Izin Penduduk - Aktivis Bebas | AAKJ




BAGI umat Islam yang lain tentunya rasa syahdu dan sayu apabila mendengar alunan azan, tapi lain pula pendapat aktivis bebas ini yang meletakkan syarat untuk laungan azan tersebut.

Menerusi akaun Twitternya @ladymissazira, Azira Aziz melontarkan pandangannya supaya masjid atau surau yang berada dalam kedudukan 50 meter dari kawasan perumahan sepatutnya disyaratkan untuk mendapatkan kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan lima kali sehari.








Nama Azira Aziz yang dipercayai adalah salah seorang yang terlibat dengan perhimpunan Anti RUU 355 di Petaling Jaya Februari lalu berpendapat bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang dibawa masuk dari negara Arab kedalam masyarakat Melayu, satu masalah fundamentalisme yang melanda negara pada ketika ini.

Perkembangan ini dikatakan berpunca dari ramainya graduan Islam negara ini yang menuntut di negara Timur Tengah dan menuntut agar penghantaran pelajar ke negara seperti Arab Saudi dihadkan.

“Sekiranya kerajaan menghadkan penghantaran pelajar dan kemasukkan tenaga pengajar Islam dari rantau Arab mungkin rakyat negara ini akan hidup dengan lebih aman lagi,” tulisnya.

Pandangan aktivis bebas itu susulan Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan.

Kenyataannya itu menjadi viral di Twitter dan rata-rata netizen berasa marah dan menganggap beliau sebagai seorang Islam liberal. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami di saat kesusahan dengan menanggun 9 anak,kami berprofesi penjual ikan di pasar hutang saya menunpuk di mana-mana sempat terpikir untuk jadikan anak bekerja tki karna keadaan begitu mendesak tapi salah satu anak saya melihat adanya program pesugihan dana gaib tanpa tumbal kami lansung kuatkan niat,Awalnya suami saya meragukan program ini dan melarang untuk mencobanya tapi dari yg saya lihat program ini bergransi hukum,Saya pun tetap menjelaskan suami sampai dia ikut yakin dan alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan bantuan aki melalui dana gaib tanpa tumbal,Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan
      hubungi Ki Witjaksono di:O852-2223-1459
      supaya lebih jelas
      silahkan klik-> PESUGIHAN TANPA TUMBAL

      ReplyDelete

     
    Top