.... Kit Siang Dicabar Sahut Cabaran Debat Tunku Aziz | AAKJ





Bekas Setiausaha Publisiti DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan mencabar Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak lari dan menerima cabaran debat yang dilontarkan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Menurut beliau, debat itu merupakan peluang terbaik kepada Kit Siang untuk mempertahankan diri dan menyangkal dakwaan beliau merupakan pemimpin diktator dalam DAP.

“Debat itu sekiranya menjadi kenyataan juga akan memberi peluang kepada rakyat serta ahli DAP mengetahui agenda sebenar perjuangan parti politik berkenaan di bawah penguasaan Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top