.... Kit Siang Dicabar Ketuai Pakatan Harapan | AAKJ




 
Lim Kit Siang dicabar untuk mengambil jawatan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP jika beliau benar-benar mahu membuktikan gabungan parti bersama PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bukan satu ‘pakatan ali baba’.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika Penasihat DAP itu melantik pemimpin dalam kalangan Melayu, ia ternyata hanya satu muslihat untuk memperdaya pengundi-pengundi Melayu sedangkan DAP menguasai paling banyak kerusi di peringkat Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan, dalam hal itu, pemimpin paling lama berkuasa itu diingatkan tidak cuba memperlekeh minda orang Melayu berhubung hakikat sebenar bahawa Pakatan Harapan adalah dikuasai dan dimiliki DAP serta didominasi kaum Cina yang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu.

“Orang Melayu perlu sedar bahawa Kit Siang mahukan undi orang-orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.

“Selepas itu, Kit Siang akan menggunakan kuasa Putrajaya untuk memerintah sehingga ke anak cucu. Seorang diktator tetap akan jadi seorang diktator,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mempersoalkan kenapa Kit Siang enggan menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai partinya dan adakah tindakan itu ada kaitan dengan agenda memperdayakan pengundi Melayu.

Ini memandangkan DAP memiliki 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN sekali gus ternyata DAP parti terbesar dan terkuat dalam Pakatan Ha­rapan berbanding PKR memiliki 27 kerusi Parlimen dan 48 kerusi DUN, PAN memiliki enam kerusi Parlimen dan tujuh DUN selain PPBM hanya memiliki satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top