.... Kit Siang DIcabar Berdebat Lagi | AAKJ






Bekas Setiausaha DAP Cawangan Bukit Mas di sini, S. Vijaiyan hari ini mendesak Penasihat DAP, Lim Kit Siang menerima cabaran untuk berdebat dengan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau yang bergiat dalam DAP selama hampir 30 tahun berkata, debat itu boleh menjadi medan terbaik bagi Kit Siang mempertahankan diri dan menyangkal tuduhan bahawa beliau adalah seorang diktator dalam parti itu.

Katanya, jika menjadi kenya­taan, debat itu juga akan memberi peluang kepada seluruh rakyat serta parti sekutunya dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk mengetahui permainan politik sebenar parti itu yang hanya berkisar mengenai agenda tertentu dan bukan untuk kepenti­ngan rakyat.

“DAP di bawah penguasaan Kit Siang selama 51 tahun bersama anaknya, Lim Guan Eng umpama sebuah parti politik keluarga yang mengamalkan pilih kasih dan menggunakan tiket demokrasi untuk mencapai hasrat peribadi.

“Istilah demokrasi tidak pernah wujud sama sekali dalam DAP. Sesiapa yang lantang menentang prinsip dan kehendak parti itu, Kit Siang tidak akan teragak-agak menyingkirkannya bagi menjaga kedudukan beliau,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tunku Abdul Aziz dalam sidang akhbar pada 4 April lalu mencabar Kit Siang untuk berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi perjuangan parti itu selepas Penasihat DAP itu membuat keputusan melantik orang Melayu untuk mengambil jawatan Pengerusi Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Vijaiyan turut membangkitkan isu penipuan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 2012 yang menyebabkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum mengiktiraf keputusan pemilihan itu sehingga kini.

“Kit Siang harus beritahu kepada semua ahli DAP apakah benar berlaku tipu helah dalam pemilihan 2012 dan pemilihan semula pada 2013 dan campur tangan beliau dalam isu ini?

“Hakikatnya, terdapat banyak isu kepimpinan yang berpunca daripada Kit Siang dan beliau kini mempunyai peluang untuk mempertahankan diri dengan bersetuju untuk berdebat,” ujarnya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top