.... Kit Siang Dicabar Debat Dengan Tunku Aziz | AAKJ






Semalam, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah membuat kenyataan bagi mencabar pemimpin ‘supremo’ DAP, Lim Kit Siang untuk berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan parti itu.

Dalam satu sidang media, Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, mengemukakan cabaran itu berhubung keputusan Kit Siang melantik orang Melayu untuk mengambil kerusi jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Beliau mendakwa, strategi Kit Siang hanya sebagai muslihat untuk memperdayakan pengundi Melayu untuk mempercayai bahawa orang Melayu akan menerajui tampuk kuasa dan kekal mentadbir negara ini apabila pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Saya tahu Kit Siang yang kononnya memperjuangkan demokrasi cuma sentiasa mencari jalan untuk menafikan hakikat bahawa dia adalah seorang diktator dan hipokrit.

“DAP akan terus memerintah dan kekalkan pemerintahan secara diktator. Oleh itu, saya mencabar Kit Siang untuk berdebat mengenainya,” katanya.

Tunku Abdul Aziz juga mempertikai keputusan Kit Siang melepaskan jawatan sebagai pengerusi pakatan pembangkang yang dilihat hanyalah taktik untuk menenangkan kebimbangan orang Melayu terhadap pemimpin DAP yang dilihat hanya mahu mengambil alih tampuk dan kuasa pentadbiran negara ini.

Pada 15 Mac lalu, Tunku Aziz pernah mendakwa kepemimpinan kuku besi dan diktator Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menjadi antara faktor utama semakin ramai ahli DAP meninggalkan parti itu.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz turut menjangkakan bahawa hal itu membuatkan lebih ramai ahli di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Melaka akan bertindak keluar parti berikutan ramai yang sudah membuka mata dan menyedari realiti kepemimpinan bapa dan anak itu dalam DAP.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top