.... Kekayaan Mahathir Anak Beranak: Rafizi Akan Ke SPRM Esok? | AAKJ




ADAKAH PENDIRIAN RAFIZI RAMLI MENGENAI TUN MAHATHIR DAN ANAK-ANAK TUN MASIH KEKAL

1. Saya merujuk kepada kenyataan YB Rafizi Ramli hari ini dimana beliau mengumumkan bahawa beliau akan ke Ibupejabat SPRM, Putrajaya pada hari Jumaat untuk membuat laporan mengenai parti PAS.

2. Saya amat tersentuh dengan YB Rafizi bila beliau mengatakan bahawa dia serahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakan dia kerana niat dia adalah jelas: rakyat berhak mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan negara agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil.

3. Dengan semangat yang sama, saya ingin tujukan soalan kepada YB Rafizi bahawa adakah beliau masih bertegas bahawa rumah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir di Country Heights yang dikatakan berharga RM20 juta adalah hasil menabung dari kecil, anak-anak Tun Mahathir adalah jutawan towkay arak dan tauke judi hasil penyelewengan seperti yang didakwa oleh YB Rafizi di beberapa ceramah umum sebelum PRU13 yang telah dirakam dan tular di media sosial?

Untuk rujukan YB Rafizi: https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1930493500502768/?permPage=1

4. Saya harap YB Rafizi akan menjawab pendirian beliau sekarang mengenai isu ini. Adakah pendirian beliau tidak berubah ataupun YB Rafizi hanya berseloroh pada masa dahulu.

5. Penjelasan YB Rafizi adalah mustahak seperti yang beliau katakan bahawa rakyat berhak mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan negara agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil.


Lim Sian See

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top