.... Keadaan PPBM Tidak Stabil | AAKJ





Pas tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disebabkan keadaan parti itu yang tidak stabil.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Pas hanya mempunyai tahaluf siyasi bersama PKR dan hubungan dengan DAP dan PAN telah terputus sama sekali.

“Dengan PPBM ini kita hanya ada jawatankuasa perunding namun tiada sebarang kerjasama dimeterai sebab kita nampak PPBM tidak stabil.

“Kita kalau nak ikat tali kena stabil dulu, kalau asyik bergerak nak ikat macam mana talinya, “ katanya ketika berucap pada Ijtimak Pas Selangor di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika sidang akhbar, Tuan Ibrahim berkata, Pas bersedia untuk bertanding di mana mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen walaupun kerusi itu ditandingi oleh DAP, PKR, PAN atau PPBM.

“Walaupun Kuala Kubu Bharu ini merupakan kawasan DUN yang ditandingi DAP dahulu kita adakan Ijtimak Pas Selangor di sini hari ini.

“Ini merupakan isyarat bahawa Pas bersedia untuk bertanding di mana-mana sahaja,” ujarnya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top