.... Kasut Mahal Siti Hasmah Dan Karpet Merah | AAKJ



Semakin ramai yang mula meninggalkan parti politik yang ditubuhkan untuk kepentingan Mahathir dan anaknya Mukhriz.

Kenapa Aakj kata kepentingan dua beranak dan bukannya kepentingan Melayu atau pun negara atau kepentingan Islam? 


Jawabnya mudah, lihat sahaja Siti Hasmah. Kenapa di usia yang menghampiri kubur - secara lojik akalnya, beliau begitu bersungguh menyinsing lengan turun berkempen supaya nampak betapa pentingnya perjuangan Mahathir dan anaknya Mukhriz itu.

Ketika menjadi isteri kepada Perdana Menteri selama 22 tahun dan sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri, Siti Hasmah hanya menjenguk program yang melibatkan kedudukan beliau sebagai isteri kepada Perdana Menteri atau Menteri. Umpama kasut mahalnya ketika itu hanya menyentuh karpet merah sahaja. Tidak pernah bergeser dengan debu.

Bersila pun sekadar untuk bergambar membungkus kueh raya untuk anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan. Selebihnya duduk di kerusi empuk yang mewah berukir dan bersadur warna keemasan. Perbetulkan sekiranya Aakj salah.

Terbaharu, antara pengasas parti Mahathir sendiri pun sudah melangkah keluar dari parti yang begitu jelas hala tujunya - hanya untuk selesaikan 'masalah' Mahathir dan anaknya sebagai penyambung kerja Mahathir yang belum selesai. Baca pengakuan kenapa pengasas PPBM ini keluar tinggalkan Mahathir di SINI.


Ada yang mengatakan Siti Hasmah ketika menjadi isteri kepada Perdana Menteri tidak suka turun padang menjengok rakyat kerana terbawa dengan kehidupan kononnya anak pekerja kerajaan yang bertaraf tinggi - 'berjusa' lah katakan. 

Dan melalui pengamatan, mungkin takut debu, lumpur dan 'bau kampung' adalah penyebab kenapa kalau banjir pun Siti Hasmah tidak akan menjenguk muka menyapa mangsa petaka. Kalau ada mungkin sekali dalam beberapa tahun, itu pun kalau ada. Dan betulkan Aakj kalau dakwaan ini salah.

Jadi anda boleh nampak jelas bukan kenapa Siti Hasmah begitu beria turun padang untuk bertemu dengan kononnya rakyat? Kalau tidak kerana bersangkut dengan kuasa dan harta, turunkah Siti Hasmah menyapa rakyat?

Benarkah nilainya ratusan bilion dollar Amerika yang menjadi 'trigger' kepada Siti Hasmah ini?

Belum Terlambat Untuk Kembali Kepada UMNO!


Kepada ahli UMNO yang sedar dari keliru, keluarlah segera parti bunga yang hanya menggunakan anda.

Dari ingin Selamatkan UMNO kepada Selamatkan Diri dan Keluarga beliau dan sanggup 'bermukah' dengan DAP. 

Manusia yang tidak punyai maruah bukan manusia yang layak untuk bergelar khalifah.

Foto kat atas tu semasa Siti Hasmah dan Mahathir turun menyokong penamaan calon anaknya. Dan kalau terjumpa gambar yang lain - boleh dikatakan kerana anaknya sahaja.

Baca juga di SINI - 'Apabila Mahathir Melakukan Jenayah Untuk Menutup Jenayah Yang Lain'





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top