.... Kami Tak Rugi Apa-Apa Langsung Putus ‘Tahaluf Siyasi’ Dengan PKR – PAS | AAKJ





Tiada kerugian bagi parti PAS untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Hafiz Alias berkata PKR sendiri tidak meletakkan agenda Islam sebagai sebahagian daripada perjuangannya.

“Bagi kami, tak rugi apa-apa langsung putus ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR.

“Mereka bukannya meletakkan hal berkaitan Islam seperti kita,” katanya sewaktu sesi perbahasan ketika Muktamar Dewan Pemuda di Kompleks PAS Kedah, di sini pagi ini.

Semalam, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu sedia mengadakan ‘tahaluf siyasi’ dengan mana-mana parti politik asalkan ia membawa kebaikan kepada rakyat.

Menurut Hashim mengambil iktibar pengalaman lepas, PAS akan mengenakan syarat yang mengutamakan Islam sebelum memulakan sebarang kerjasama demi kebajikan, kemakmuran dan kedamaian masyarakat.

Sesi perbahasan Muktamar Dewan Pemuda PAS masuk hari kedua hari ini setelah ia bermula pada Khamis.

Muktamar PAS Pusat ke 63 pula akan bermula esok sehingga Isnin ini. – aw

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top