.... Janji-Janji Guan Eng Dan DAP Kini Sudah Tak Boleh Dipercayai | AAKJ





Demi untuk ‘pancing’ rakyat, pakatan pembangkang akan menabur pelbagai janji-janji ‘manis’ yang sedap didengari untuk memperdaya rakyat bagi menyokong mereka. Kononnya mahu menunjukkan mereka akan melakukan apa saja untuk kesenangan rakyat.

Namun segalanya akan berubah setelah mereka dapat apa yang mereka usahakan selama ini, kemudian janji hanya tinggal janji. Itulah sikap yang sering ditonjolkan oleh parti rasis dan cauvinis DAP.

DAP antara pakatan pembangkang yang lantang mengatakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membebankan rakyat.

Sebelum ini, parti di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu mengatakan GST akan membebankan perniagaan, selain menyebabkan penambahan kepada kos sekalipun majoriti di seluruh dunia menggunakan GST, bahkan mampu mengaplikasikannya.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua yang mengatakan sektor perniagaan kononnya mendapati sistem GST sebagai mengelirukan, remeh dan menelan kos untuk perlaksanaan.

“Bahkan banyak perniagaan kecil akan tutup kerana mereka tidak cukup pintar untuk melaksanakan GST ke dalam akaun dan borang cukai mereka,” kata Tony Pua.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam mengatakan bahawa Pakatan Harapan tidak akan menghapuskan GST tetapi akan mengurangkannya kadarnya menjadi ‘sifar’.

Kononnya tindakan itu akan memberi kesenangan kepada rakyat. Guan Eng dengan bangganya mengatakan tidak mengapa sekiranya GST menjadi bebanan kepada kerajaan sekalipun pada masa yang sama kerajaan tidak akan mengutip sebarang cukai dan tidak memberi faedah kepada perniagaan.

Apa pun, kenyataan Guan Eng itu dilihat Setiausaha Agung DAP itu sebenarnya mahu mendapatkan publisiti dan populariti luar biasa memandangkan beliau sendiri sebagai Ketua Menteri telah mengenakan banyak cukai tambahan termasuklah meningkatkan surcaj air sebanyak 4 kali semata-mata untuk memenuhkan kantung wang negeri yang telah dikeringkannya.

Ini dapat dilihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sekarang. Ia sudah cukup untuk menunjukkan Pakatan sebenarnya tidak tahu apa-apa pun tentang apa yang mereka katakan, sebaliknya sekadar untuk meraih sokongan secara membabi buta asalkan menang. Dan apabila sudah menang, segala janji seperti tidak menaikkan kadar tarif air ataupun premium tanah hilang begitu saja.

Ini tidak mustahil jika Pakatan menang, mereka akan menaikkan lagi kadar GST dengan alasan untuk mengelakkan pembaziran atau mengurangkan sifat boros berbelanja oleh pengguna. Itu boleh dilihat sepertimana alasan yang diberikannya ketika menaikkan surcaj air di Pulau Pinang sebanyak empat kali dalam tempoh 6 tahun.

Sebenarnya, satu pembohongan besar telah dibuat oleh Guan Eng dan Tony Pua memandangkan Kerajaan dan sektor perniagaan tidak akan menanggung beban perbelanjaan pentadbiran penggunaan GST.

Sebaliknya, Malaysia akan melakar sejarah kerana menjadi negara pertama dan satu-satunya negara dalam dunia ini yang mempunyai GST pada kadar sifar, sekaligus akan dijadikan bahan lawak dan jenaka di seluruh dunia kerana kebodohan pemimpinnya yang gilakan publisiti murahan.

Bahkan kadar sifar GST yang dicadangkan oleh Tony Pua dan Guan Eng itu, sebenarnya akan membebankan kerajaan dan sektor perniagaan kerana perbelanjaan yang perlu dikeluarkan sedangkan pulangannya tidak ada.

Pakatan seringkali memberikan gambaran kepada rakyat yang kononnya GST adalah satu bentuk cukai tambahan dan cukai baru yang membebankan rakyat. Tetapi hakikatnya, dengan memperkenalkan GST, kerajaan telah memansuhkan dua cukai yang lain.

Manakala dua jenis cukai yang lain pula dikurangkan dan BRIM ditingkatkan bagi membantu aliran tunai di dalam negara. Cukai yang dimansuhkan adalah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Manakala Cukai Pendapatan Korporat pula dikurangkan dari 26% menjadi 24% pada tahun 2008.

Begitu juga dengan Cukai Pendapatan Perseorangan turut dikurangkan dari 28% menjadi 24% pada tahun 2008. Selain daripada pengurangan tersebut, kerajaan turut membolehkan mereka yang berpendapatan kurang RM4000 sebulan tidak perlu membayar sebarang cukai pendapatan.

Ini bermakna cukai pendapatan untuk golongan pertengahan telah dikurangkan. Selain itu, pemberian BRIM turut ditingkatkan dari RM650 pada tahun 2014 menjadi RM1,200 pada tahun ini.

Selain daripada pengecualian cukai yang efektif bagi mereka yang berpendapatan kurang RM4000, ini juga bermaksud golongan pendapatan B40 tidak lagi dicukaikan oleh kerajaan selepas implementasi GST.

Pakatan tahu, kerajaan hilang RM40 bilion daripada pendapatan Petronas pada tahun 2016 kesan daripada kejatuhan harga minyak global dan turut kehilangan lebih RM20 bilion setiap tahun selepas penghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kerajaan juga perlu menanggung kehilangan berpuluh bilion setiap tahun kesan daripada pengurangan cukai korporat, pengurangan cukai pendapatan persendirian dan peningkatan bayaran BRIM.

Justeru, dengan ketiadaan semua sumber kewangan tersebut selain kejatuhan dalam perolehan hasil minyak, menghapuskan GST atau mengurangkan kadar GST menjadi sifar adalah sangat tidak realisitik dan akan mengancam penerusan pembangunan Malaysia sendiri.

Pakatan bukan tidak tahu, mereka hanya sekadar berpura-pura tidak megetahui. Oleh sebab itulah mereka hanya mengatakan, mereka akan mengurangkan kadar GST menjadi sifar bukannya menghapuskan terus semata-mata sebagai umpan.

Apabila mereka sudah menang, lain pula ceritanya sepertimana yang dilakukan oleh Guan Eng di Pulau Pinang dan Azmin Ali di Selangor.

-UtaraNews

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top