.... Jangan Lari, Sahut Cabaran Debat | AAKJ






Penasihat DAP, Lim Kit Siang diingatkan supaya ‘tidak lari’ dan menerima cabaran de­bat yang dilontarkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Cawa­ngan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, de­bat itu sekiranya menjadi kenyataan, akan memberi peluang kepada rak­yat serta ahli DAP menge­tahui agenda sebenar perjuangan parti politik itu.

Dalam masa sama, beliau bersetuju dan menyokong debat antara pemimpin dan bekas pe­mimpin DAP itu kerana sejak sekian lama pelbagai isu telah dibangkitkan terhadap Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut termasuk dakwaan bersikap diktator sepanjang 51 tahun menerajui DAP.

“Ketika awal penubuhan, DAP mengamalkan prinsip demokratik dalam tindak-tanduk­nya namun selepas diambil alih oleh Dinasti Lim, parti berkenaan berubah menjadi antide­mo­kratik.

“Malah, pe­mimpin-pe­mimpin parti itu sendiri akan disingkirkan jika dilihat mampu menggugat kedudukan pemimpin utama sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Asoghan mengulas ca­­baran Tunku Abdul Aziz terhadap Kit Siang baru-baru ini supaya mereka berdua berdebat tentang dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan parti ber­kenaan.

Tunku Abdul Aziz berkata, cabaran itu dikemukakan berikutan keputusan Kit Siang melantik orang Melayu untuk menduduki kerusi jawatan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Mengulas mengenai dakwaan bersikap diktator, Asoghan berkata, ramai pemimpin DAP telah menjadi mangsa termasuk beliau sendiri yang dipecat pada tahun 2013.

“Ini menunjukkan tiada langsung demokrasi di dalam DAP dan parti itu hanya dikuasai seorang diktator dan rakyat perlu mengetahuinya,” kata beliau.

Sementara itu, Asoghan berkata, terdapat beberapa pemimpin DAP yang menjadi wakil rakyat di negeri ini dan Selangor kini berada dalam senarai untuk disingkirkan oleh pimpinan diktator parti berkenaan.

“Ini kerana pemimpin yang bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen itu dilihat mempunyai karisma sekali gus boleh membayangi Dinasti Lim,” katanya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top