.... Isu Gambar Intim, Zairil Buat Penjelasan Kepada Guan Eng | AAKJ





Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari telah membuat penjelasan kepada Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berhubung penyebaran gambar intim yang dikaitkan dengan beliau.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, Zairil turut membuat penjelasan kepada beliau dalam pertemuan petang kelmarin itu namun tidak mendedahkan butiran penjelasan tersebut.

“Memandangkan ini merupakan serangan terhadap peribadinya, Zairil meminta untuk menguruskan isu ini buat ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zairil ketika ini sekali lagi menjadi tumpuan selepas beberapa gambar intim dan mesra yang didakwa mirip beliau serta bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud tersebar di internet sejak kelmarin.

Empat keping gambar itu menunjukkan perlakuan mesra dan intim kedua-dua pasangan berkenaan termasuk berpegangan tangan dan bercium.

Ini merupakan kali ketiga gambar dan video pasangan yang didakwa mirip kedua-dua pemimpin Melayu DAP berkenaan tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, Zairil semalam menafikan beliau merupakan indvidu di dalam gambar itu dan mendakwa penyebaran gambar tersebut adalah percubaan menyerang peribadinya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top