.... Ini Bukti DAP Tidak 
Peduli Undang-undang | AAKJ





Keengganan Lim Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri sekali pun dituduh di mahkamah kera­na dua kes rasuah me­­nunjukkan DAP membelakangkan undang-undang negara.


Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Zul­kifli Mohd. Nor berkata, pemimpin DAP hanya mengutamakan kepen­tingan dan kedudukan politik sehingga ke tahap mengetepikan undang-undang.

Zulkifli yang juga bekas Naib Pengerusi DAP berkata, Guan Eng bukan sahaja tidak mempamerkan kepimpinan me­la­lui teladan, malah disifatkan telah mencabuli pendirian parti itu yang sebelum ini berteraskan sosialis dan keterbukaan.

“Beliau seolah-olah tamak jawatan dan sanggup ‘cipta’ undang-undang sendiri yang akan menguntungkannya.

“Tindakan Guan Eng yang mempertikaikan undang-undang sangat memalukan kerana Ahli Parlimen Bagan itu menyebabkan pihak luar memandang serong terhadap Malaysia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zulkifli berkata, rak­­yat negeri ini juga menanggung malu de­ngan tindakan Guan Eng yang tidak melepaskan jawatan se­perti dilakukan Ahli Majlis Mesyuarat Ke­rajaan Negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi selepas didakwa terlibat rasuah.

Malah katanya, semua ahli DAP pada ketika ini seperti diikat mulut kerana terpaksa mengikut corak pemerintahan Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang menguasai parti itu.

“Saya pasti perjuangan sebenar DAP satu ketika dahulu telah hilang selepas Dinasti Lim me­nunjukkan keangkuhan mereka sebaik sahaja merampas negeri ini pada 2008," katanya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top