.... Ikrar Ulamak PAS Kedah : Jahanamkan PAN Dan Kembali Tawan Kedah | AAKJ




Begitu semangat sekali pembukaan Muktamar Dewan Ulama parti PAS hari ini dengan ucapan pembukaan yang digamatkan dengan doa ikrar “Jahanam PAN” oleh semua pemimpin PAS yang hadir.

Bukan sahaja laungan “Jahanam PAN” yang kedengaran, malah parti itu juga bertekad mahu menawan semula negeri Kedah dan menjadikan negeri tersebut sebagai Jelapang PAS.

Muktamar PAS pada kali ini membawa mesej dan pengisian besar dimana jentera serta pemimpin PAS mahu menjahanamkan PAN di bumi sawah padi tersebut dan cubaan untuk merampas pentadbiran Kedah dari genggaman UMNO.

Selain bermimpi untuk merampas takuk pemerintahan UMNO dan Barisan nasional (BN) di Kedah, PAS juga dilihat tidak mahu memberi sedikit peluang pun kepada PAN untuk meluaskan kuasa baru mereka di negeri Kedah.

Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir dalam ucapan dan ikrar “Jahanam PAN” tersebut turut melaungkan takbir sebanyak 3 kali dan perasmian Muktamar kali ini dirasmikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, bertempat di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum.

PAN membawa gambaran “Jahanam PAN” dalam Muktamar pada kali ini kerana mengibaratkan tindakan beberapa bekas pemimpin parti Islam itu yang bertindak menubuhkan parti baharu, sebagai satu usaha yang sia-sia.

Bukan itu sahaja, langkah tersebut telah mendorong PAS untuk meletakkan PAN sebagai salah satu musuh parti mereka kerana agenda yang dibawa PAN bertentangan dengan perjuangan sebenar parti Islam tersebut.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed sempat menyeru kepada semua pemimpin PAS agar terus berdiri di landasan yang benar agar mereka tidak lari daripada terus menegak dan memperbetulkan akidah umat Islam yang terpesong seperti peguam kontroversi, Siti Kasim yang mempersoalkan kewujudan Tuhan. – TiraGomez/UtaraNews.com

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top